fbpx
ONN HAFIZ bergambar kenangan dengan pengunjung selepas merasmikan Program Pesona Keluarga Johor 2025 di Bakri Junction Ballroom, Muar.

Pesakit kanser, ibu tunggal Johor bakal dapat bantuan RM300

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUAR – Kerajaan negeri menerusi Program Pesona Keluarga Johor 2025 memperuntukan RM11 juta sebagai inisiatif membina keluarga sejahtera, memperkasa peranan wanita, serta melindungi masyarakat daripada cabaran sosial yang semakin kompleks.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, program ini dirangka untuk memperkukuh institusi keluarga, meletakkan wanita sebagai benteng utama dan pencetus perubahan sosial serta memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat perhatian dan sokongan sewajarnya.

“Bagi memperkukuh usaha ini, Kerajaan Negeri menyalurkan peruntukan berjumlah RM11 juta merangkumi tiga inisiatif utama.

“Pertama adalah bantuan tunai ‘one-off’ sebanyak RM300 kepada lebih 16,000 ibu tunggal di Negeri Johor.

“Kedua, bantuan tunai ‘one-off’ sebanyak RM300 kepada lebih 18,000 pesakit kanser wanita,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Perasmian Program Pesona Keluarga Johor 2025, anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) di Bakri Junction Ballroom, di sini, kelmarin.

Onn Hafiz berkata, inisiatif ketiga pula adalah RM1 juta peruntukan tambahan bagi memperkukuh lagi program pemerkasaan ekonomi wanita.

Beliau berkata, segala inisiatif berkenaan menjadi pemangkin kepada kesejahteraan setiap keluarga di Johor.

“Dengan komitmen, kerjasama serta sokongan semua, saya yakin usaha ini akan terus memberi manfaat yang berpanjangan, dan membuahkan hasil demi kesejahteraan Bangsa Johor,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI