fbpx
Tangkap layar video perkongsian pengguna TikTok.

[VIDEO] Histeria tengok abang bomba tunjuk otot, buat ‘love’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perarakan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya semalam dikejutkan dengan gelagat seorang pengunjung wanita yang menjerit secara tiba-tiba seperti dirasuk apabila melihat jentera bomba melintasi laluan utama.

Kejadian itu berlaku ketika kontinjen Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membuat persembahan perbarisan menggunakan kenderaan operasi mereka, termasuk jentera pemadam kebakaran dan trak penyelamat.

Menerusi video di TikTok @norafzal69, wanita itu yang berada di kawasan penonton dilihat menjerit sekuat hati dan terloncat-loncat sambil memanggil ‘abang bomba’ berulang kali.

“Kau betul-betul tak relax (tenang) la kak. Huru-hara,” kata @norafzal69.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan netizen berhubung gelagat wanita itu.

“Faham kan kenapa dia dalam pagar?,” seloroh @ItsmeNawwarah_.

“Dia nampak over (keterlaluan), tetapi kadang-kadang orang macam ini la yang buat suasana orang dalam barisan lagi semangat, tak hambar,” kata pengguna lain.

“Yang tukang rakam pun mesti terhibur dengan kakak ni. Video ni tak lalu ‘FYP’ dia lagi ke? Nak tengok reaksi dia macam mana,” kata @naylaaa9.

Video yang dikongsikan pengguna TikTok itu berjaya meraih lebih 1.8 juta tontonan setakat ini dengan 6,404 komen. – KOSMO! ONLINE

@norafzal69♬ original sound – 𝑁𝑜𝑟 𝐴𝑓𝑧𝑎𝑙 𝐸ℎ𝑠𝑎𝑛

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI