fbpx
Gambar hiasan

Suspek bunuh mak nyah direman 7 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Seorang lelaki direman tujuh hari selepas disyaki melanggar hingga maut seorang individu berperwatakan wanita di Jalan Horley, Kampung Jawa, semalam.

Perintah tahanan reman sehingga Rabu depan itu dikeluarkan Majistret Noor Azreen Liyana Mohd. Darus ke atas suspek berusia 32 tahun di Mahkamah Majistret di sini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, tahanan reman itu bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini untuk kita jalankan siasatan lanjut berkaitan kes berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, suspek ditangkap sepasukan anggota Cawangan D9 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak pada pukul 10 malam tadi di Terminal Bas Bersepadu (TBS), Kuala Lumpur.

Tangkapan ke atas lelaki itu membawa kepada rampasan dua batang anak kunci, sebuah lori berwarna putih dan dua unit telefon bimbit di pos pengawal keselamatan di Taman Tawas Idaman di Ipoh pada pukul 2.30 pagi tadi.

Media semalam melaporkan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan berlumuran darah oleh seorang pekerja hotel kira-kira pukul 6 pagi.

Berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), mangsa telah dikejar sebuah lori bonded sebelum digilis dan ditinggalkan di lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI