fbpx
PALMERO

Unionistas beri Palmero ‘lampu hijau’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pemain warisan negara, Gabriel Palmero terus mendapat kepercayaan pengendali Harimau Malaya, Peter Cklamovski untuk memperkuatkan pasukan mengharungi dua perlawanan persahabatan bulan depan

.Kelab Palmero, Unionistas CF sendiri mengesahkan pemain pertahanan itu sudah menerima panggilan daripada Cklamovski dan dijangka menyertai skuad kebangsaan sejurus aksi La Liga 2 menentang Osasuna Promesas, Ahad ini.

“Gabriel Palmero telah dipanggil untuk menyertai pasukan kebangsaan Malaysia bagi aksi persahabatan atarabangsa berdepan Singapura dan Palestin.

“Dia akan memulakan perjalanan bersama skuad negara hanya beberapa jam setelah aksi pertama liga untuk pasukan Unionistas menentang Osasuna Promesas,” menurut Unionistas CF dalam satu kenyataan.

Berdasarkan kualiti yang ada, Palmero bakal memainkan peranan penting kepada pasukan dan akan memberi lebih banyak pilihan buat Cklamovski membuat pilihan tepat bagi mengisi posisi pertahanan.

Untuk rekod, Harimau Malaya dijadualkan menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, 4 September ini sementara perlawanan bertemu Palestin di Stadium Sultan Ibrahim pada 8 September.

Kosmo! sebelum ini melaporkan wujud kebimbangan mengenai prestasi penggempur utama Harimau Malaya, Rodrigo Holgado gagal meledak sebarang gol dalam aksi kompetitif sejak mewakili pasukan kebangsaan pada kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Vietnam dua bulan lalu.

Penyerang berusia 30 tahun itu mengalami kemelut prestasi bersama kelab Colombia yang diwakilinya, America de Cali selepas hampir empat bulan tidak menjaringkan gol. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN