fbpx
Sharifah Zarina percaya bahawa istilah ibu derhaka kepada anak itu sebenarnya tidak wujud sama sekali.

‘Jahat macam mana, ibu derhaka pada anak memang tak wujud’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – “Tak nak ibu derhaka pada anak.”

Demikian respons spontan penyanyi Sharifah Zarina ketika ditanya juri, Talk To My Manager (TTMM) Datuk AC Mizal mengenai pemilihan lagu yang dibuat anaknya, Athalia.

Bagaimanapun, Sharifah Zarina, 44, memaklumkan tidak sengaja mengeluarkan kenyataan tersebut selain menegaskan tiada istilah ibu derhaka pada anak.

“Orang kata kiasan saja. Anak derhaka kepada ibu tapi ibu derhaka kepada anak memang tak wujud walaupun ibu jahat macam mana sekalipun.

“Bukan bermaksud ibu derhaka tapi ibu toksik kepada anak. Dalam keluarga kami tiada toksik.

“Dalam konten kami menerusi media sosial, adalah perangai sebenarnya bukannya lakonan,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Pada masa sama, pelantun lagi Langit Ketujuh itu lebih selesa mengikut kehendak anaknya agar hubungan kekeluargaan kekal harmoni.

“Dengan anak-anak saya bersyukur mereka masih duduk dengan saya. Athalia dah 22 tahun pun tidak mahu keluar rumah.

“Dia ada duit nak pindah tapi tetap nak duduk dengan saya. Saya dengan anak ikut saja apa dia suka, kita jadi kawan.

“Saya tak nak berlaku anak-anak rasa tidak selesa dengan mak atau tak mahu duduk dengan mak ayah. Dalam keluarga kami, tiada,” ujarnya lagi.

Pada minggu pertama TTMM, Athalia membawakan lagi Pretty Little Baby nyanyian asal Connie Francis.

TTMM merupakan program yang menampilkan pasangan pengurus dan artis yang terdiri daripada ibu bapa selebriti dan anak mereka sendiri.

Selain Athalia & Sharifah Zarina, TTMM turut disertai Thalita & Shuib, Amad & Siti Saerah, Ameng & Ammar, Aziz M. Osman & Ara, Sharifah Shahirah & Auddra, Ina Naim & Hadie serta Liza Hanim & Marsya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI