fbpx
Halijah menghias rumahnya sempena kemerdekaan di Felda Bukit Rokan, Tampin semalam. – NOR AINNA HAMZAH

Halijah pakar hias rumah guna barang terbuang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAMPIN – Siapa sangka, seorang suri rumah mampu menghasilkan pelbagai hiasan landskap yang dibuat menggunakan barangan terbuang, sekali gus menceriakan lagi halaman rumahnya sempena Bulan Kemerdekaan kali ini.

Halijah Manhart, 62, berkata, dia lebih gemar menggunakan barangan terbuang kerana lebih jimat selain mampu mencipta kenangan tersendiri khususnya mengitar semula bara­ngan disayangi.

Ujarnya, bagi hiasan kemerdekaan, hiasan bendera kebiasaannya akan disimpan baik setiap tahun, namun dia akan menambah hiasan lain menggunakan barangan terbuang.

“Sejak duduk di Felda ini bermula 2018 bagi menjaga rumah peninggalan keluarga, saya banyak cuba-cuba guna barang terbuang bagi menghasilkan hiasan. Bunga-bunga dalam tong, saya akan gunakan barang-barang terbuang, saya suka buat sendiri.

“Saya akan buat batu dari baju lama. Baju yang lama kita tak pakai, nak buang sayang nak bagi orang, orang tak mahu. Jadi, saya buat baju lama jadi cendawan. Baju, simen dan penutup kipas.

“Malah, saya juga buat cen­dawan daripada selimut arwah mak saya. Saya nak adakan kenangan untuk arwah mak saya,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Felda Bukit Rokan, di sini baru-baru ini.

Ujar Halijah, suaminya, Aziz Mad Akib, 53, yang bekerja sebagai kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) daerah berkenaan juga banyak memberikan sokongan kepadanya untuk menghias rumah sempena Bulan Kemerdekaan.

Dia yang mempunyai tiga anak termasuk yang bekerja sebagai doktor berkata, tahun ini juga dia sedang membuat rama-rama menggunakan aluminium yang dibelinya sebagai hiasan tambahan kediaman.

Tambah Halijah, pada tahun ini dia memilih tema rama-rama sebagai simbolik Malaysia Madani yang boleh dianggap untuk terbang lebih jauh demi mengharumkan nama negara tercinta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN