HUJUNG minggu ini, kita akan meraikan Hari Kebangsaan dengan tema Malaysia Madani: Rakyat Disantuni. Ia simbolik kepada negara tercinta yang diasaskan pada 1957 dan telah mencapai kemerdekaan sejak 68 tahun. Sambutan bulan kemerdekaan yang kebiasaannya diraikan sehingga Hari Malaysia pada 16 September depan ini wajar dimanfaatkan rakyat negara ini untuk membentuk jiwa yang merdeka. Membina jati diri menjadi insan merdeka tidak cukup sekadar mengibar Jalur Gemilang, menyanyikan lagu-lagu patriotik atau menonton perbarisan Hari Kebangsaan semata-mata, tetapi memerlukan kesedaran diri untuk……