fbpx
Gambar hiasan

Pengurus rugi RM91,167 kena tipu tawaran kerja palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seorang pengurus stesen minyak kerugian RM91,167 selepas terperdaya dengan peluang pekerjaan tidak wujud yang diperkenalkan seorang wanita dikenali menerusi aplikasi temu janji, Tinder.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, mangsa lelaki tempatan berusia 38 tahun membuat laporan polis berhubung kejadian itu semalam.

Katanya, mangsa mengenali wanita bernama ‘Vinicus’ sebelum diajak menyertai pekerjaan sambilan yang menawarkan pulangan lumayan.

“Kerana terperdaya, mangsa membuat sembilan transaksi ke dalam enam akaun bank dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM91,167.

“Tidak lama kemudian, mangsa dimaklumkan akaunnya dibekukan dan cubaan menghubungi suspek juga gagal,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Raub, mangsa yang menyedari ditipu kemudian membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Semakan mendapati tiga daripada akaun bank tersebut terbabit dengan sindiket penipuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI