fbpx
Gambar hiasan.

Gempa bumi: Saluran paip gas di Segamat selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Petronas Gas Berhad (PGB) mengesahkan semua infrastruktur dan kemudahan saluran paip di kawasan Segamat berada dalam keadaan selamat serta beroperasi sepenuhnya selepas gempa bumi kecil melanda Segamat, Johor, pagi tadi.

PGB dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya ketika menerima makluman gegaran berkenaan, pasukan teknikal dan wilayah PGB segera melaksanakan protokol keselamatan standard sedia ada bagi menangani situasi seumpama itu di seluruh Wilayah Selatan.

“Sebagai langkah pemeriksaan, pasukan kami telah membuat semakan di Stesen Pemampat Segamat, Stesen Kawalan Segamat serta sepanjang jajaran saluran paip yang berkaitan.

“Tiada sebarang kejanggalan atau gangguan dikesan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut syarikat itu, pemantauan langsung melalui sistem SCADA turut mengesahkan tahap tekanan dan parameter operasi kekal stabil.

Jelas PGB lagi, pihaknya terus berkomunikasi dengan pihak berkuasa tempatan serta Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) bagi mendapatkan perkembangan terkini.

“Keselamatan orang awam dan operasi kami sentiasa menjadi keutamaan. PGB akan meneruskan pengawasan rapi serta bersedia bertindak jika keadaan berubah,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, MetMalaysia mengesahkan berlaku kejadian gegaran gempa bumi lemah di beberapa lokasi di sekitar Segamat dengan gegaran berukuran 4.1 magnitud berlaku kira-kira pukul 6.13 pagi.

MetMalaysia turut memaklumkan satu lagi gempa bumi lemah di Johor pada pukul 9 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI