fbpx
Gambar hiasan

Jiran terdengar bunyi terjatuh, bising akan dirakam keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Polis masih melengkapkan siasatan berhubung kejadian seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat enam sebuah pangsapuri di Kota Damansara, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, tiga penghuni rumah telah dirakam keterangan iaitu makcik, pakcik dan kawan ibu mangsa yang tinggal bersama di unit berkenaan.

Katanya, tiga lagi jiran sekitar yang terdengar bunyi bising serta mangsa terjatuh juga akan dipanggil untuk diambil percakapan bagi melengkapkan siasatan.

“Ibu mangsa masih belum diambil keterangan kerana berada di Perak untuk menguruskan pengebumian anaknya.

“Pegawai penyiasat kes masih dalam proses melengkapkan siasatan. Kertas siasatan akan dimajukan kepada timbalan pendakwa raya setelah semua keterangan diperoleh dan tindakan selesai diambil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Kosmo! melaporkan mangsa yang berusia tiga tahun sebelum itu ditemui orang awam dalam keadaan terbaring di laluan pejalan kaki selepas dipercayai terjatuh dari tingkat enam sebuah pangsapuri di Kota Damansara.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN