fbpx
Gambar hiasan.

Hujan lebat landa Kedah, Kelantan, Terengganu dan Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat dan ribut petir melanda beberapa kawasan di empat negeri hingga pukul 9 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, kawasan yang terjejas di Kedah melibatkan kawasan Sik dan Baling.

Di Kelantan, ia tertumpu di kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh, manakala Terengganu pula meliputi Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang serta Dungun.

Tambah MetMalaysia, hujan lebat dan ribut petir juga dijangka melanda Sabah membabitkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Nabawan dan Keningau) dan Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna) bagi tempoh sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI