fbpx
Zulkifly (kiri) menunjukkan kenderaan mewah yang disita dalam Op Luxury ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat JPJ di Sebarang Jaya, petang tadi. Foto oleh DANIAL SAAD

[VIDEO] Rolls-Royce, Porsche milik VIP disita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – ‘Lupa’ memperbaharui cukai jalan dan insurans merupakan alasan lapuk yang kerap diberikan pemilik termasuk golongan orang kenamaan (VIP) selepas kenderaan mewah mereka disita pihak berkuasa sejak Jun lalu.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPS) Pulau Pinang, Zulkifly Ismail berkata, sebanyak 38 buah kenderaan mewah bernilai RM10 juta disita dalam Ops Luxury antaranya Rolls Royce, Mercedes-Benz (2), Porsche (2), Audi (3), Mini Cooper (3), Volkswagen (2), BMW (11), Toyota Alphard dan Vellfire (13) serta sebuah Greatwall.

“Tiga buah kenderaan yang mencatatkan jumlah cukai jalan tahunan tertinggi ialah Rolls Royce Ghost V12 (RM54,502), BMW 528i Limousine (RM2,120) dan Toyota Harrier (RM2,115).

“Kebanyakan pemilik memberi alasan lupa dan ada antara mereka tidak memperbaharui cukai jalan sejak 2023,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat JPJ negeri di sini, hari ini.

Jelasnya, kebanyakan kenderaan tersebut adalah untuk kegunaan sendiri, keluarga dan ada yang didaftarkan atas nama syarikat.

“Daripada keseluruhan rampasan ini, dianggarkan ketirisan hasil negara berjumlah RM77,400 disebabkan kegagalan pemilik membayar cukai jalan. Sesetengah mereka turut tidak memiliki lesen memandu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI