fbpx
Hisamudin (atas, kiri) menghadiri majlis pembaharuan kerjasama 100PLUS dengan FAM yang turut dihadiri oleh Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi dan Datuk S. Sivasundaram. Foto SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

FAM mahu capai KPI ‘kaut’ RM15 juta setahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) harap nilai tajaan sebanyak RM15 juta setahun dapat diraih dalam masa terdekat sekali gus mengukuhkan reputasi sebagai badan induk sukan No. 1 negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pemasaran dan Penajaan FAM, Datuk Mohd. Hisamudin Yahaya berkata, sebanyak RM8 juta telah berjaya dikumpul oleh barisan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) penggal 2025-2029 sejak Februari lepas.

“Presiden FAM (Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub) menyasarkan Jawatankuasa Pemasaran dan Penajaan FAM dapat capai RM15 juta semusim bagi menampung perbelanjaan termasuk pasukan kebangsaan.

“Setakat ini kami sudah terima penajaan kira-kira RM8 juta, kita ada perancangan (untuk capai sasaran) yang akan dibuat namun tidak boleh nak umum,” katanya ketika ditemui semalam.

Terdahulu, Hisamudin menghadiri majlis pembaharuan kerjasama 100PLUS dengan FAM yang turut dihadiri oleh Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi dan Datuk S. Sivasundaram.

Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Presiden FAM Datuk Mohd Yusoff Mahadi dan Datuk S Sivasundaram selain Pengarah Urusan, Bahagian Makanan serta Libat Urus Industri, Fraser dan Neave Holdings, Datuk Raffiq Md Ariff.

Pada majlis itu, 100PLUS akan terus menjadi Rakan Minuman Isotonik Rasmi untuk pasukan kebangsaan untuk tempoh dua tahun dengan tajaan keseluruhan bernilai RM2 juta.

Selain itu, Mohd Hisamudin berkata, peruntukan tajaan itu amat penting bagi memastikan kelancaran operasi FAM serta persiapan skuad kebangsaan dalam menghadapi kejohanan utama.

“Berdasarkan kepada perancangan unit kami, sasaran yang ditetapkan itu dapat dicapai dalam tempoh ditetapkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI