fbpx
Tertuduh (dua dari kiri) ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Butterworth, hari ini. Foto oleh DANIAL SAAD/ KOSMO!

Mahkamah tangguh kes lelaki Vietnam cuba cederakan bayi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Mahkamah Majistret Butterworth di sini, hari ini menangguhkan prosiding pendakwaan seorang lelaki warga Vietnam yang berdepan lima pertuduhan termasuk cubaan mencederakan bayi berusia 11 bulan, 9 Ogos lalu.

Majistret Aini Adilah Muhammad Faizal menetapkan 9 September depan untuk sebutan kes bagi membolehkan jurubahasa yang fasih berbahasa Vietnam hadir ke mahkamah selain tidak membenarkan ikat jamin terhadap tertuduh.

Tertuduh, Nguyen Minh Hoa, 36, berdepan tiga pertuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan manakala dua pertuduhan masing-masing mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan serta Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Marissa Safina Saiful Adli, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Selepas prosiding, tertuduh dibawa keluar dari kamar mahkamah dengan menggunakan kerusi roda kerana menghidap penyakit gout.

Terdahulu media melaporkan, lelaki itu cuba melarikan diri selepas mencuri makanan laut sebelum menarik bayi berusia 11 bulan daripada pelukan ibunya sambil memegang sebilah pisau bagi mengelakkan diri daripada ditahan penyelia pasar raya dan pihak keselamatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI