fbpx
GAMBAR sebutir berlian merah jambu yang dicuri. - Foto Pejabat Media Dubai

Pencuri berlian RM106 juta dicekup selepas 8 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUBAI – Polis Dubai berjaya menangkap tiga pencuri, beberapa jam selepas mereka melarikan sebutir berlian merah jambu bernilai AS$25 juta (RM106 juta).

“Pusat Pemerintah  Polis Dubai telah berjaya menggagalkan pencurian sebutir berlian merah jambu yang sangat jarang ditemui, bernilai AS$25 juta,” kata polis dalam satu kenyataan yang dikongsikan oleh agensi berita rasmi Emiriyah Arab Bersatu, WAM.

Menurut polis, seorang pedagang berlian yang membawa permata itu dari Eropah telah diperdaya oleh sebuah kumpulan penjenayah untuk ke sebuah vila.

Mereka memberi alasan mahu menunjukkan berlian itu kepada seorang pelanggan kaya yang berpura-pura berminat.

Namun, berlian tersebut dicuri sebaik sahaja pedagang itu mahu memeriksa ketulenannya, tambah kenyataan itu.

Dalam tempoh lapan jam, tiga individu dari sebuah negara Asia yang tidak dinyatakan, telah ditahan hasil usaha pasukan khas dan lapangan serta dengan penggunaan teknologi kepintaran buatan (AI) terkini,” kata polis. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI