fbpx
Kakitangan PBB berdiri di tengah-tengah runtuhan depoh bekalan bantuan dan tempat perlindungan yang rosak teruk dalam serangan Israel di Jabalia, utara Gaza pada 10 Mei lalu. - AFP

383 pekerja bantuan terbunuh pada 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GENEVA, SWITZERLAND – Seramai 383 pekerja bantuan terbunuh sepanjang tahun 2024, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini sambil menyifatkan angka korban sebagai ‘mengganggu’ serta menyelar sikap tidak peduli antarabangsa.

Angka 2024 meningkat 31 peratus berbanding tahun sebelumnya, kata PBB pada Hari Kemanusiaan Sedunia.

“Ia didorong oleh konflik berterusan di Gaza, di mana 181 pekerja kemanusiaan terbunuh, manakala di Sudan, 60 orang kehilangan nyawa,” tambahnya.

PBB berkata, kebanyakan mereka yang terbunuh adalah kakitangan tempatan, dan diserang sama ada semasa menjalankan tugas atau di rumah mereka.

Selain mangsa yang terbunuh, seramai 308 pekerja bantuan cedera, 125 diculik dan 45 ditahan tahun lepas.

“Serangan pada skala ini dengan tiada pihak dipertanggungjawabkan, adalah memalukan kerana sikap tidak peduli dan tidak bertindak masyarakat antarabangsa,” kata ketua bantuan PBB, Tom Fletcher.

“Sebagai komuniti kemanusiaan, kami sekali lagi menuntut supaya mereka yang mempunyai kuasa dan pengaruh bertindak untuk kemanusiaan, melindungi orang awam dan pekerja bantuan serta menghukum pelakunya,” tambah Fletcher.

Angka sementara daripada Pangkalan Data Keselamatan Pekerja Bantuan menunjukkan bahawa 265 pekerja bantuan terbunuh tahun ini setakat 14 Ogos lepas.

Sementara itu Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, ia mengesahkan lebih 800 serangan terhadap pusat penjagaan kesihatan di 16 wilayah setakat tahun ini, dengan lebih 1,110 pekerja kesihatan dan pesakit terbunuh serta beratus-ratus lagi cedera. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN