fbpx
TRELER yang ditahan selepas disyaki membawa beras putih dari Thailand yang diseludup masuk ke negara ini dalam operasi di Gerik semalam.

PGA tumpaskan cubaan seludup 33,500kg beras siam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GERIK – Batalion 18 Pasukan Gerakan Am (PGA) mematahkan cubaan menyeludup 33,500 kilogram (kg) beras putih dari Thailand selepas menahan sebuah treler di Kilometer 45, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Kem Sri Banding, di sini semalam.

Rampasan beras menerusi Op Taring Bravo 4 itu dibantu oleh Bahagian Kawalselia Padi dan Beras (KPB), Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik.

Komander Briged Utara, Senior Asisten Komisioner Shahrum Hashim berkata, operasi yang dijalankan bermula pukul 3.15 hingga 5.45 petang itu menemukan 670 guni beras putih dengan anggaran 50kg bagi setiap guni dalam kenderaan berkenaan.

Katanya, berdasarkan siasatan, treler tersebut dalam perjalanan membawa muatan beras dari Thailand ke sebuah gudang beras di Perak.

“Pasukan operasi mengesan kegiatan penyeludupan beras import dari Thailand yang diseludup masuk untuk dipasarkan secara tidak sah di pasaran tempatan sejak tiga bulan lalu.

“Dalam operasi itu, seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun ditahan untuk siasatan lanjut selain rampasan membabitkan beras dan treler dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM534,000,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI