fbpx
Keadaan motosikal mangsa selepas merempuh tiang papan tanda iklan di Jalan Kota Bharu-Pengkalan Kubor dekat Bulatan Pasir Pekan, Tumpat hari ini. -Foto PDRM

Warga emas maut, motosikal rempuh tiang papan tanda iklan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TUMPAT – Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal yang dia tunggang terbabas sebelum merempuh tiang papan tanda iklan di Jalan Kota Bharu-Pengkalan Kubor dekat Bulatan Pasir Pekan di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, mangsa yang berusia 68 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd. Khairi Shafie berkata, siasatan awal mendapati, mangsa menunggang motosikal dari arah Wakaf Bharu ke Kota Bharu melalui Jalan Kota Bharu- Pengkalan Kubor.

Menurutnya, semasa tiba di Bulatan Pasir Pekan,motosikal yang ditunggang secara laju dipercayai hilang kawalan apabila melepasi bulatan tersebut.

“Keadaan itu menyebabkan motosikal mangsa terbabas ke bahu kiri jalan sebelum merempuh tiang papan tanda iklan.

“Tiang papan tanda yang mengalami kerosakan akibat rempuhan itu tumbang di laluan utama. Mangsa terjatuh dan tidak sedarkan diri di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Mohd. Khairi memberitahu, warga emas itu mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi nahas.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tumpat di sini untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI