fbpx
Sultan Ibrahim ketika menerima mengadap Fahmi di Istana Negara hari ini.

Laksana kempen anti buli secara menyeluruh – Sultan Ibrahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, menzahirkan titah agar kerajaan melaksanakan kempen anti buli secara menyeluruh bagi membendung gejala itu sejak di peringkat sekolah rendah.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Seri Paduka Baginda bertitah budaya buli sekiranya tidak dibendung sejak dari peringkat sekolah rendah berisiko melahirkan generasi yang hilang nilai hormat dan kasih sayang sesama insan.

Titah Seri Paduka Baginda, buli bukan sahaja merosakkan mental dan emosi mangsa, malah boleh mengakibatkan pelbagai tragedi.

“Anak-anak perlu diberi penerangan sejak dari usia kecil mengenai perkara ini dan menerusi kempen berkenaan akan membimbing mereka dalam memahami erti saling hormat menghormati dan berdisiplin,” titah Seri Paduka Baginda hari ini.

Pada hantaran itu juga, Sultan Ibrahim bertitah supaya Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2025 dan Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2025 untuk menangani buli turut membuktikan komitmen kerajaan untuk membanteras isu berkenaan secara tegas.

Malah titah Seri Paduka Baginda, usaha berkenaan turut memerlukan pendekatan merentasi kementerian dan agensi bagi memastikan jenayah buli ditangani secara menyeluruh.

Terdahulu, Sultan berkenan menerima mengadap Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi di Istana Negara.

Pada sesi mengadap bersama Seri Paduka Baginda, Fahmi turut mempersembahkan komitmen kementerian dalam menangani isu buli serta tindakan-tindakan yang diambil bagi membanteras isu berkenaan.

Fahmi juga mempersembahkan kepada Seri Paduka Baginda mengenai taklimat pelaksanaan sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2025.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI