fbpx
Gambar hiasan

Ribut petir, hujan lebat landa 10 negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda sebahagian besar negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak sehingga pukul 6 petang ini.

Menurut MetMalaysia, amaran itu melibatkan kawasan-kawasan di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Antara kawasan yang terjejas termasuklah Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling di Kedah, manakala di Perak membabitkan Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta dan beberapa daerah lain.

Turut dijangka menerima cuaca buruk ialah Tumpat, Pasir Mas dan Kota Bharu di Kelantan; Besut dan Setiu di Terengganu; serta Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Temerloh di Pahang.

Beberapa daerah di Johor, Selangor dan Negeri Sembilan turut tersenarai, termasuk Hulu Langat, Jelebu, Segamat dan Kluang.

Sementara itu, di Malaysia Timur, kawasan terjejas ialah Limbang di Sarawak serta beberapa daerah pedalaman Sabah termasuk Sipitang, Tenom, Keningau dan Tambunan.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN