fbpx
Sultan Nazrin berkenan menyampaikan hadiah kemenangan kepada Muhammad Ikram Rizky Ikram dari Sekolah Kebangsaan Belanja, selaku johan Pidato Bahasa Inggeris Sekolah Rendah di Ipoh, Perak semalam. Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

Sultan Nazrin sampaikan hadiah pemenang pidato sempena bulan kemerdekaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Ifwat Arrafi Mohd. Amin dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Abd Razak, Bagan Datuk berjaya merangkul johan Pertandingan Pidato Bahasa Melayu Sekolah Menengah Atas yang diadakan di sini semalam.

Pertandingan itu merupakan antara kategori yang dipertandingkan dalam Program Menyemai Semangat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan 2025 melibatkan sekolah-sekolah di negeri ini.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke pertandingan tersebut dan menyampaikan hadiah kemenangan.

Berangkat sama ialah Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Sebanyak 19 kategori pertandingan yang diadakan dengan merekodkan seramai 181,223 penglibatan murid dan pelajar dari 12 daerah.

A. Sandra Ann dari SMK St. Bernadette’s Convent pula muncul johan Pidato Bahasa Inggeris Sekolah Menengah Atas.

Nurul Alya Fatini Ahmad Rozi dari SMK Sultan Abdullah dan Shivanni dari SMK Ulu Bernam masing-masing diumumkan sebagai johan Pidato Bahasa Melayu dan Inggeris bagi kategori Sekolah Menengah Rendah.

Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Safuan Raba’ai semasa menyampaikan ucapan berkata, program itu mempamerkan potensi murid di seluruh negeri ini selain membentuk mereka menjadi berani tampil ke hadapan malah memiliki kesedaran mendalam tentang erti kedaulatan serta tanggungjawab sebagai warganegara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI