fbpx
Mohd Zaki ketika merasmikan Kampung Angkat Madani di Kuala Nerus, Terengganu.

NAHRIM bantu bina kemudahan di Kampung Angkat Madani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah menjadikan Kampung Bukit dan Kampung Tayor Tengah, Ulu Nerus, Setiu, Terengganu sebagai Kampung Angkat Madani (KAM).

Ketua Pengarah NAHRIM, Datuk Ir. Mohd Zaki Mat Amin berkata, pelaksanaan KAM itu berteraskan enam nilai teras Malaysia Madani iaitu kemampanan, kesejahteraab, daya cipta, hormat keyakinan dan ihsan.

Menurut beliau, antara inisiatif yang disediakan menerusi program terbabit termasuklah menaiktaraf dan baikpulih infrastruktur awam, jalan desa, kemudahan sukan, masjid, surau, tanah perkuburan serta membangunkan sistem bekalan air alternatif di kawasan kampung.

“Kemajuan sesebuah negara bukan sahaja diukur daripada angka ekonomi semata-mata, tetapi juga melalui keharmonian dan kesejahteraan masyarakat.

“Justeru, program ini menjadi jambatan untuk menghubungkan agensi kerajaan dengan masyarakat kampung dalam semangat gotong-royong dan tanggungjawab bersama,”katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Mohd Zaki berkata, selain KAM NAHRIM, pihaknya turut melancarkan
Sekolah Angkat Madani (SAM) NAHRIM di Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Burung, Kuala Terengganu.

Jelasnya, beberapa inisiatif sedang dilaksanakan melalui kerjasama dengan pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta pentadbiran Sekolah Kebangsaan Durian Burung.

Ia termasuk menaiktaraf fasiliti fizikal sekolah serta sumbangan bagi aktiviti pengukuhan sahsiah serta pengajaran dan pembelajaran murid.

“Program Sekolah Angkat Madani di SK Durian Burung ini adalah manifestasi komitmen bersama untuk memperkukuhkan jaringan sokongan kepada sekolah melalui pendekatan kerjasama pelbagai pihak sama ada daripada agensi kerajaan, institusi pendidikan tinggi, badan bukan kerajaan atau pihak swasta.

“Kita yakin bahawa sekolah bukan sekadar tempat menimba ilmu, tetapi medan membentuk sahsiah, membina jati diri dan menyemai nilai murni.

“Justeru, melalui inisiatif ini, kita ingin membawa elemen penglibatan komuniti, pembudayaan ilmu, pemantapan sahsiah pelajar, dan pemerkasaan warga sekolah dalam kerangka nilai Madani,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI