JAKARTA – Sebuah majlis perkahwinan di Tanah Laut, wilayah Kalimantan Selatan tular apabila pengantin lelaki dan pengantin perempuan merupakan warga emas, lapor portal berita Tribunnews.
Majlis perkahwinan itu berlangsung di sebuah rumah pada 8 Ogos lalu.
Rakaman video di platform TikTok oleh akaun @vi.viaaa__ menunjukkan pasangan pengantin bergambar di atas pelamin sambil mengenakan pakaian tradisional suku banjar berwarna hitam.
Meskipun sudah lanjut usia, ia tidak menghalang pasangan tersebut untuk mendirikan rumah tangga.
Rakaman itu mencatatkan lebih 540,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Cinta tidak mengenal usia tetapi mengenal duit,” kata seorang netizen.
“Yang bujang masih sibuk main telefon,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI