fbpx
HEUNG-MIN 

Jersi Heung-min paling laris di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LOS ANGELES – Bintang Los Angeles FC (LAFC), Son Heung-min mencipta sejarah baharu apabila muncul pemain dengan jualan jersi tertinggi daripada mana-mana atlet di dunia ketika ini.

Perkara itu didedahkan oleh Pengurus Besar LAFC merangkap presiden bersama kelab, John Thorrington selepas Heung-min menyertai pasukannya daripada Tottenham Hotspur.

Kapten Korea Selatan itu sebelum ini mencipta rekod baharu perpindahan Liga Major Bola Sepak Amerika Syarikat (MLS) menerusi harga £19.5 juta (RM111.35 juta) pada 6 Ogos lalu.

Kehadirannya mencipta impak luar biasa dalam kalangan peminat MLS sehingga menyaksikan jersinya laris dijual, mengatasi rekod Lionel Messi ketika menyertai Inter Miami sebelum ini.

“Ini baru minggu kedua di mana kita bukan bercakap mengenai penjualan jersi terbanyak di MLS. Ini adalah penjualan terbanyak dalam mana-mana sukan di dunia ketika ini.

“Buat masa ini, jersinya (Heung-min) lebih banyak dibeli berbanding Messi. Jika anda berkira sejak dia menandatangani kontrak dengan LAFC, jersinya paling laris berbanding Cristiano Ronaldo, LeBron James ataupun Stephen Curry,” kata Thorrington

Bukan sahaja penjualan jersi tetapi harga tiket LAFC juga melonjak daripada £221 (RM1,261.98) kepada £1,105 (RM6,309.92) untuk aksi menentang San Diego FC pada 1 September nanti.

Sebagai rekod, Heung-min sudah membuat debut bersama LAFC dengan menentang Chicago Fire FC yang berkesudahan seri 2-2 minggu lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI