JAKARTA – Seorang pelajar universiti tidak dapat menahan kesedihan apabila didenda sebanyak 5 juta rupiah (RM1,304) hanya kerana dia lupa mengembalikan buku yang dipinjam kepada perpustakaan, lapor portal berita Tribunnews.
Kejadian berlaku di Universiti Gadjah Mada (UGM) di Sleman, wilayah Daerah Istimewa Yogyakarta.
Rakaman video di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan pelajar perempuan itu menangis tanpa henti selepas melihat jumlah denda yang perlu dibayar.
Jurucakap UGM, Made Andi Arsana tampil menjelaskan bahawa gadis itu meminjam lapan buku dari dua perpustakaan berbeza.
“Dua buku dipinjam dari perpustakaan pascasarjana, manakala 6 lagi buku di perpustakaan pusat. Dia didenda kerana lambat memulangkan semula buku-buku itu,” kata Made. – AGENSI