KUALA LUMPUR – Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mahu mencipta sejarah kehadiran pengunjung teramai mencecah 200,000 sepanjang tiga hari perlumbaan di Grand Prix (GP) Malaysia pada 24 hingga 26 Oktober ini.
Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif mengakui meskipun angka itu sangat tinggi, namun beliau percaya perlumbaan terkemuka dunia MotoGP mampu direalisasikan tahun ini.
Katanya, tahun lalu, GP Malaysia mencatatkan kehadiran tertinggi iaitu 184,923 penonton dalam tempoh tiga hari.
“Tahun ini, kami memperkenalkan pelbagai tarikan baharu termasuk festival muzik elektronik (EDM) pra perlumbaan buat julung
“Setakat ini, kapasiti tiket kita telahpun mencapai 75 peratus dan kita percaya jumlah ini meningkat menjelang tarikh perlumbaan ,” katanya pada majlis pelancaran GP Malaysia di ibu negara, hari ini.
Festival EDM berkenaan akan diadakan pada 18 dan 19 Oktober, seminggu sebelum perlumbaan berlangsung.
Dalam pada itu, SIC turut memberi kejutan kepada peminat dua roda tempatan apabila
meneruskan promosi khas ‘Rahmah’ menerusi pembelian tiket beli satu percuma satu yang berharga RM49.90 yang ditawarkan selama 24 jam bermula jam 8 malam ini.
“Tawaran khas ini bermula pada jam 8 malam ini dan harga ini adalah termurah berbanding perlumbaan seluruh dunia. Jadi, jangan lepas peluang ini,” ujarnya.
Selain itu, SIC turut mendedahkan bahawa
RM1 daripada setiap tiket yang terjual di Sepang akan disalurkan kepada Tabung Amanah Sukan Negara (KWASN) bagi menyokong pembangunan atlet negara. -KOSMO! ONLINE