fbpx
SITI ZARINA menunjukkan sebahagian kenderaan mewah yang disita dalam Op Luxury di Ibu Pejabat JPJ Melaka, Bukit Katil, hari ini.- AMRAN ALI KOSMO!

Bentley, Porsche disita tiada ‘roadtax’, alasan terlupa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka menyita tujuh kenderaan mewah bernilai RM6 juta selepas Lesen Kenderaan Motor (LKM) didapati tamat tempoh selain tiada perlindungan insurans.

Pengarah JPJ Melaka, Siti Zarina Mohd. Yusop berkata, sitaan itu dibuat hasil operasi yang dijalankan sejak awal tahun ini dan Op Luxury yang dilaksanakan serentak di seluruh negara bermula 1 Julai lalu.

“Kita menjalankan operasi yang memfokuskan penguatkuasaan terhadap kenderaan import dan mewah yang gagal mematuhi peraturan jalan raya.

“Setakat ini tujuh buah kenderaan antaranya Toyota Alphard, BMW, Kia, Tesla, Bentley dan Porsche bernilai RM6 juta disita atas kesalahan LKM tamat tempoh dan tiada insurans,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat JPJ Melaka di sini, hari ini.

Beliau berkata, kebanyakan pemilik kenderaan memberi alasan terlupa untuk memperbaharui cukai jalan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI