fbpx
MUHAMMAD RIZWAN dan isteri, Nur Faizan menjual burger di Taman Sri Intan, Gemencheh sejak tiga tahun lalu. – NOR AINNA HAMZAH

Rakan-rakan OKU sokong bisnes burger

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAMPIN – Kesukaran untuk berkomunikasi tidak menghalang sepasang suami isteri istimewa mencari rezeki halal dengan menjual burger di Taman Sri Intan di Gemencheh, di sini sejak tiga tahun lalu.

Pasangan itu, Muhammad Rizwan Tiu Abdullah, 42, yang me­rupakan mualaf dan Nur Faizan Kuzan, 38, tidak berputus asa untuk terus berniaga meman­dangkan keuntungan bulanan hanya sekitar RM1,000 ke RM1,500.

Menurut Muhammad Rizwan, dia mula berniaga burger selepas pandemik Covid-19.

“Sebelum itu saya jual ‘casing’ telefon bimbit di pasar malam, namun bila pandemik jualan (casing) tak laku. Jadi, nak tak nak saya kena berfikir mencari sumber rezeki lain kerana saya mempunyai tiga anak lelaki hasil perkahwinan pertama.

“Setelah bernikah dengan Nur Faizan yang berasal dari Sabah, kami berniaga di sini. Namun, sambutan tidak begitu mengga­lakkan kerana lokasi agak tersorok,” katanya di sini semalam.

Ujar Muhammad Rizwan yang orang kurang upaya (OKU) sejak lahir, dia tidak akan berputus asa kerana masih perlu menyara tiga anak berusia tujuh hingga 16 tahun, selain perlu membayar hutang dengan bapa saudaranya.

“Malah, dia sangat bertuah apabila rakan-rakan OKU daripada beberapa lokasi memberikan sokongan kepadanya dengan membeli burger di ge­rainya walaupun datang dari jauh.

“Kebanyakan pelanggan adalah dari kenalan dan rakan-rakan OKU saya. Ada juga perlanggan setempat, namun tak ramai kerana lokasi berniaga saya bukan di jalan utama,” katanya.

Menurutnya, dia amat berharap agar jualannya bermula 4.30 petang hingga 10.30 malam itu akan bertambah baik kerana itu adalah satu-satunya sumber rezeki yang dia ada.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN