fbpx
Mayat mangsa dijumpai tinggal separuh badan.

Kru kapal hilang jatuh kapal dijumpai tinggal separuh badan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SARATOK – Kru kapal warga Myanmar yang terjatuh di Sungai Krian di sini pada 8 Ogos lalu ditemukan tidak sempurna dengan hanya separuh semalam.

Ketua Polis Daaerah Saratok, Deputi Superintendan Mathew Manggie berkata, mayat, Thu Htoo Aung, 20, dijumpai pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada pukul 1 tengah hari.

“Sewaktu pencarian hari keempat semalam, bot polis dan bot bomba menjumpai separuh badan dari pinggang ke bawah di tebing Sungai Sebetan, batang air Sungai Krian. Kita percaya mayat itu milik mangsa yang dilaporkan hilang,” katanya dalam kenyataan.

Polis tidak menolak kemungkinan mangsa dibaham buaya dengan bahagian pinggang hingga kepala hilang. Mayatnya dihantar ke Hospital Saratok untuk tindakan lanjut.

Pada pukul 9.30 pagi, 8 Ogos lalu, mangsa dan rakan sekerja sedang menutup tapak lantai Kapal Moi Soon 2 sebelum terjatuh ke dalam Sungai Krian.

Beberapa rakan mangsa cuba menyelamatkan lelaki itu, tetapi gagal. Mangsa dikatakan tidak pandai berenang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI