PENGENDALI Kelantan The Red Warriors (KTRW FC), E. Elavarasan membayangkan yang dia memerlukan ‘masa tambahan’ untuk membina skuad yang lebih kukuh bagi harungi cabaran di Liga Malaysia (Liga M) musim ini.
Sensasi yang dicipta KTRW FC dengan membawa masuk beberapa pemain baharu nyata tidak menepati harapan peminat selepas dibelasah Kuching City 0-4 pada perlawanan pertama Liga Super di Stadium Negeri, semalam.
“Kuching City mengharungi persiapan lebih baik dan mereka juga cukup kompetitif kerana mereka sudah lama bersama. Mereka pun sudah mengharungi musim sebelum ini dengan cukup bagus.
“Di babak pertama, kami melepaskan gol dengan cukup mudah dan ia langsung tidak pernah dijangka. Kami tidak tampil dengan baik ketika bertahan dimana daripada segi persaingan, kami sudah kalah dimana pemain lawan lebih kuat.
“Yang kami kena lakukan sekarang adalah tingkatkan (kualiti) pemain, perbaiki lagi apa yang kurang,” katanya. – KOSMO! ONLINE