fbpx
AARON (depan) dan Wooi Yik pernah memenangi pingat emas Sukan SEA ketika edisi Manila 2019.

Aaron-Wooi Yik terlepas Sukan SEA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEREGU lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dijangka tidak beraksi di Sukan SEA Thailand 2025 hujung tahun ini susulan pertindihan tarikh Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Temasya dwitahunan yang akan diadakan di tiga lokasi, Bangkok, Chonburi dan Songklah itu berlangsung dari 9 hingga 20 Disember, manakala Jelajah Dunia Akhir dijadualkan pada 17 hingga 21 Disember di Hangzhou, China.

Aaron berkata, fokus utama mereka ketika ini adalah aksi penutup musim di Hangzhou, namun tetap bersedia sekiranya khidmat mereka diperlukan untuk skuad negara di Bangkok.

“Saya akan bersedia saja. Tapi saya rasa misi itu boleh diberikan kepada beregu sandaran elit kita seperti Arif Junaidi-Yap Roy King dan Muhammad Haikal Nazri-Choong Hon Jian.

“Saya sudah pernah main (Sukan SEA), jadi ini peluang untuk mereka mendapat pendedahan. Bagi peluang kepada mereka bermain,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara kelmarin.

Tahun lalu, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memaklumkan hasrat untuk menghantar barisan terbaik ke Sukan SEA, namun mengecualikan pemain pernah meraih pingat emas termasuk Aaron-Wooi Yik yang menjuarai edisi 2019 di Manila, Filipina.

Keputusan itu sekali gus membuka peluang besar buat gandingan muda seperti Arif-Roy King dan Haikal-Hon Jian menggalas cabaran beregu lelaki di bumi Thailand.

Dalam dua edisi terakhir, Malaysia mempertaruhkan barisan pemain muda dengan kali terakhir pingat emas badminton diraih menerusi beregu campuran, Chen Tang Jie-Peck Yen Wei pada edisi Vietnam 2022.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI