fbpx
Tangkap layar menunjukkan lelaki itu meletakkan ular sawa gergasi di kaki lima. - TikTok

Lelaki sengaja rentang ular sawa di kaki lima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia mengundang perhatian orang ramai selepas dirakam meletakkan seekor ular sawa gergasi merentangi kaki lima jalan, lapor portal berita Lambe Turah semalam. 

Rakaman video kejadian di platform TikTok oleh akaun @antaramegapolitan menunjukkan lelaki terbabit memegang ekor ular sawa itu secara santai sebelum meletakkannya di kaki lima. 

Dia bukan sahaja menggunakan kedua-dua tangan, malah tidak membawa sebarang peralatan keselamatan. 

Lelaki itu berbuat sedemikian untuk menghalang penunggang motosikal daripada melalui laluan tersebut. 

Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Tinggal digilis pakai tayar,” kata seorang netizen. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI