fbpx
Gambar hiasan.

‘Level riak kau orang tahap macam mana? Kalau aku….’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Aku punya level (tahap) riak, boleh pergi klinik swasta bayar sendiri tanpa medical card (kad perubatan). Level riak kau orang macam mana pula?”

Itu soalan seorang wanita yang ‘bernada riak’ namun hanya sekadar ingin berjenaka sehingga mengundang perhatian ramai.

Katanya yang menggunakan profil @Syaarich di media sosial, ia sekadar soalan untuk menghiburkan dirinya yang ketika itu sedang mengalami masalah kesihatan.

“Seronok kau orang ya dapat meriak dalam ni. Terhibur aku baca. Bukan selalu dapat peluang nak meriak, nanti orang marah,” ujarnya lagi.

Ramai yang turut melepaskan geram berkongsi ‘tahap keriakan’ masing-masing pada ruangan komen.

“Tak ada parkir, kita biar je kena ‘clamp’,” komen @Nuyulhudayusof.

“Okey nak riak la. Pergi restoran nasi kandar ambil kari udang besar empat ketul. Lepas tu ayam dan sayur,” ujar @nurhidayah_roslee.

“Spaylater had RM10,000, kau ada? Done meriak,” dedah pengguna yang lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI