fbpx
Peragut cuba merentap rantai mangsa namun gagal. - Facebook

Gagal larikan rantai, peragut menangis depan mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seorang peragut di Thailand meminta maaf dan menangis di hadapan mangsanya selepas gagal merentap rantai emas milik wanita tersebut, lapor laman berita Thaiger semalam.

Kejadian berlaku pada 2 Ogos lalu sekitar pukul 4.40 petang (waktu tempatan) di lokasi yang tidak dinyatakan.

“Pencuri amatur. Mangsa baik hati dan tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadapnya,” kata keterangan video mengenainya yang dimuat naik di laman Facebook.

Dalam video tersebut, lelaki itu dilihat menghampiri mangsa dari belakang dan cuba meragut rantai leher yang dipakainya.

Suspek memakai topeng muka dan topi keledar untuk menyembunyikan identitinya.

Namun, dia gagal melarikan rantai emas tersebut walaupun ia terputus.

Keadaan itu membuatkan suspek dengan segera memohon maaf kepada mangsa dan membuat isyarat tangan meminta maaf lalu melarikan diri.

Bagaimanapun, dia kembali kepada mangsa dan memohon maaf sekali lagi sebelum mengelap air matanya menggunakan lengan.

Menurut laporan media tempatan, lelaki itu memberitahu mangsa bahawa dia tidak berniat untuk mencederakannya dan berasa kesal dengan perbuatan itu. 

Wanita itu kemudiannya mendedahkan  bahawa dia memberi suspek wang tunai sebanyak 100 baht (RM13) kerana percaya lelaki tersebut mungkin menghadapi masalah kewangan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI