fbpx
Gambar hiasan.

Suri rumah didakwa bunuh anak angkat bayi perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh anak angkat perempuannya berusia tujuh bulan, Julai lepas.

Tertuduh Siti Subrina Imran, 37, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan berikutan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa membunuh bayi perempuan berkenaan di sebuah unit kondominium di Jalan Sri Permaisuri, Cheras, di sini pukul 7 pagi pada 30 Julai lalu.

Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun serta minimum 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Iman Nurhidayah Ezani manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 13 Oktober ini untuk sebutan semula kes.

Kosmo! sebelum ini melaporkan sepasang suami isteri direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes kematian seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan di sebuah kondominium di Cheras.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad dilaporkan berkata, ibu kandung bayi berkenaan merupakan seorang wanita warga Indonesia.

Katanya, bayi itu dipercayai diserahkan kepada suspek sejak 18 Jun lalu sebelum ibu kandungnya pulang ke Indonesia.

Polis menerima laporan berhubung kejadian daripada bapa angkat bayi itu kira-kira pukul 9.34 malam pada 30 Julai lalu.

Lelaki itu memaklumkan anak angkatnya tidak sedarkan diri di rumah tanpa sebab yang diketahui.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN