fbpx
Tangkap layar menunjukkan geladak jambatan yang senget selepas salah satu kabel terputus semalam. - Weibo

5 maut, kabel jambatan gantung putus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING – Sekurang-kurangnya lima orang maut, manakala 24 lagi cedera selepas kabel sebuah jambatan gantung di barat laut China putus, lapor portal berita Global Times. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 6.18 petang (waktu tempatan) di daerah Zhaosu, wilayah Autonomi Uyghur Xinjiang semalam. 

Pihak berkuasa berkata, salah satu kabel dipercayai terputus menyebabkan jambatan gantung itu senget. 

“Seramai 29 orang terjatuh dari jambatan itu. 

“22 orang cedera ringan, manakala dua lagi parah. Mereka dibawa ke hospital tempatan untuk rawatan lanjut,” kata pihak berkuasa. 

Tiada mangsa cedera berada dalam keadaan yang mengancam nyawa setakat ini.

Lokasi tumpuan pelancong itu ditutup, manakala siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN