fbpx
HAKIM Danish teruja selepas motosikal Y15ZR miliknya diubahsuai oleh UMA Racing dan RCB selepas aksi terbaik di pentas antarabangsa.

Hakim Danish membara buru gelaran Red Bull Rookies Cup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUCHONG – Pelumba berbakat negara, Hakim Danish Ramli mendapat suntikan motivasi menjelang dua pusingan Red Bull MotoGP Rookies Cup (RBMRC) apabila motosikal Yamaha Y15ZR miliknya diberi nafas baharu oleh pengeluar komponen prestasi tinggi, UMA Racing dan Racing Boy (RCB).

Jentera berkenaan, yang sarat nilai sentimental kerana sering digunakan untuk berulang-alik ke Litar Antarabangsa Sepang dari kediamannya di Bukit Changgang, kini tampil lebih garang dan moden hasil sentuhan khas dua syarikat tersebut.

Hakim, 18, yang sedang mendahului carta keseluruhan RBMRC dengan 154 mata, menyifatkan ‘hadiah kejutan’ itu sebagai pembakar semangat untuk memburu gelaran juara musim ini.

“Perasaan saya memang tak terkata, sangat gembira. Melihat motor ini menjadi baru semula mengimbau kenangan saya bersama ayah, sebab kami memang suka ubah suai motor daripada keadaan buruk menjadi baharu.

“Terima kasih banyak kepada UMA Racing dan RCB atas kejutan ini. Ia memberi motivasi tambahan menjelang dua perlumbaan penting di Eropah,” kata Hakim ketika ditemui pada majlis penyerahan motosikal berkenaan di ibu pejabat MKA Group di Puchong, semalam.

Menurutnya, motosikal tersebut dibeli secara terpakai pada 2023 dengan harga sekitar RM5,000 menggunakan wang hasil titik peluh daripada kejayaannya dalam perlumbaan.

Selain kosmetik, projek naik taraf itu bernilai belasan ribu ringgit itu turut melibatkan penambahbaikan ke atas sistem enjin bagi menjanjikan prestasi lebih mantap bagi tujuan sesi latihan.

Hakim kini turut bersaing dalam saingan FIM JuniorGP dan menyatakan fokus utamanya ketika ini adalah untuk menamatkan musim dengan cemerlang di pentas RBMRC.

Setakat ini, beliau hanya dibezakan 13 mata daripada pencabar terdekat, Brian Uriarte dari Sepanyol (141 mata) manakala pelumba Indonesia, Veda Pratama berada di tangga ketiga dengan 130 mata.

Dua baki pusingan RBMRC akan berlangsung di Spielberg, Austria pada 16-17 Ogos dan Misano, Itali pada 13-14 September ini.

Sementara itu, Penolong Pengurus Besar UMA Racing, Alfred Lim berkata, kejutan itu dibuat dengan kerjasama ZK Racing sebagai galakan untuk kemajuan Hakim Danish yang beraksi cemerlang di pentas antarabangsa.

“Saya berharap akan ada lebih banyak kejayaan daripada Hakim Danish selepas ini dan sebab itu kita menjayakan projek ini bagi dia bersemangat untuk mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia,” katanya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI