fbpx
KAMPUNG Dharali di negeri Uttarakhand dilanda kemusnahan teruk selepas hujan sangat lebat mencetuskan banjir kilat hari ini. - AGENSI

[VIDEO] Seluruh kampung musnah dalam bencana ‘cloudburst’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW DELHI – Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan ramai lagi hilang selepas banjir kilat dicetuskan oleh hujan sangat lebat secara tiba-tiba (cloudburst) di hulu Sungai Kheer Ganga menyebabkan kemusnahan besar di kampung Dharali, daerah Uttarkashi hari ini, lapor saluran berita NDTV.

Pegawai Daerah Uttarkashi, Prashant Arya mengesahkan empat kematian dalam bencana akibat itu .

Lebih 50 orang pula dilaporkan hilang, manakala kira-kira 10 hingga 12 pekerja dikhuatiri terperangkap di bawah runtuhan

Sekurang-kurangnya 18 kambing hanyut di kawasan Banala Patti akibat aliran deras Sungai Kud Gadhera.

Beberapa hotel, rumah tumpangan, dan restoran musnah sepenuhnya.

Kawasan Dharali yang menjadi lokasi persinggahan pelancong menuju Gangotri, mengalami kerosakan teruk akibat lumpur dan serpihan yang mengalir deras.

Pasukan tentera dan penyelamat telah dihantar untuk mencari dan menyelamatkan mangsa .

Helikopter Tentera Udara India (IAF) juga berada dalam keadaan siap sedia di Chandigarh untuk menghulurkan bantuan apabila cuaca pulih.

Menurut pihak berkuasa, Pasukan Sempadan India-Tibet telah menyelamatkan 37 orang, termasuk kanak-kanak dan wanita.

Jabatan Meteorologi India (IMD) mengeluarkan amaran merah untuk hujan lebat berterusan di negeri Uttarakhand sehingga 9 Ogos ini.

Sekolah di beberapa daerah seperti Dehradun dan Haridwar ditutup sebagai langkah berjaga-jaga.-KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Audio News (@astroaudionews)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI