fbpx
Mohd. Shukri (enam kiri) dan Zaini (tujuh kiri) bersama warga MSU pada majlis tersebut. FOTO : AFIQ RAZALI

Zaini Ujang dilantik sebagai Pro Canselor MSU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Pengerusi Majlis Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang dilantik sebagai Pro Canselor Management and Science University (MSU) yang baharu, berkuat kuasa hari ini.

Pelantikannya menggantikan Allahyarham Tan Sri Dr. Wan Muhammad Zahid Muhammad Noordin dengan majlis pemasyhuran akan dilangsung pada Konvensyen MSU yang dijangka pada bulan Disember ini.

Presiden MSU, Prof. Tan Sri Dr. Mohd. Shukri Ab. Yajid berkata, pemilihan bekas Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) itu berdasarkan pengalamannya menjadi KSU di beberapa kementerian dan bidang pengajian tinggi dalam tempoh yang lama.

“Saya memang dah lama nak lantik Zaini namun disebabkan komitmen beliau dalam sektor kerajaan, saya tangguh dahulu niat itu.

“Saya mencari seseorang yang mampu meningkatkan MSU ke satu tahap lebih baik. Jadi, saya nampak Zaini mampu berbuat demikian,” katanya selepas Program 100 Day World Lecture Tour dan pengumuman Zaini Ujang sebagai Pro Canselor di MSU, di sini, hari ini.

Jelas beliau, selain Pro Canselor, Zaini turut dilantik sebagai Profesor dalam bidang Kelestarian Alam Sekitar (Environmental Sustainability). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI