fbpx
Gambar hiasan.

97 rakyat Malaysia diusir cuba tunai haji tanpa visa sah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kira-kira 97 rakyat Malaysia ditahan dan diusir oleh pihak berkuasa Arab Saudi dan 34 lagi didenda kerana cuba mengerjakan haji  tanpa visa yang sah sepanjang musim Haji 1446H.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, laporan itu berdasarkan maklumat Kementerian Luar Negeri melalui Konsulat Jeneral Malaysia Jeddah.

Menurut beliau, Lembaga Tabung Haji (TH) sentiasa berusaha menangani isu penyalahgunaan visa oleh segelintir rakyat Malaysia untuk menunaikan ibadah Haji tanpa saluran sah.

“Bagi musim haji 2025, laporan jemaah yang terkandas adalah atas cubaan menggunakan visa pelancong bagi tujuan melaksanakan haji (overstay) dan agensi atau individu terlibat bukan dalam kalangan Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang dilesenkan oleh TH,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Sementara itu, Dr. Zulkifli berkata, sejak 2024 sehingga Mei 2025, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerima 204 aduan berkaitan umrah dengan anggaran kerugian lebih RM3.6 juta.

Menurut beliau, MOTAC turut menerima 58 aduan berkaitan haji dengan anggaran kerugian lebih RM600,000.

Dalam pada itu, katanya, TH tidak menawarkan perkhidmatan badal haji dan sentiasa memberi peringatan berulang kepada masyarakat supaya berwaspada terhadap agensi atau individu menawarkan perkhidmatan badal haji terutama yang murah.

Menjawab soalan tambahan, katanya, sistem pengiliran ibadah haji mengutamakan beberapa aspek termasuk pendaftaran, kesihatan, istito’ah dan sebagainya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN