fbpx
Gambar hiasan.

Ahli Parlimen pembangkang tidak sepakat isu peruntukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen pembangkang diminta berunding terlebih dahulu antara mereka mengenai isu peruntukan sebelum bertemu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mesti ada kesepakatan di antara ahli Parlimen Pembangkang sebelum perundingan mengenai peruntukan dengan Fadillah.

“Kita sudah minta Timbalan Perdana Menteri 2 terbuka untuk mendengar. Cuma kalau mula, dia mesti ada kesepakatan di antara ahli Parlimen Pembangkang dulu.

“Sekarang belum ada sepakat. Ada yang hendak seorang, ada yang hendak grup dan ada yang setuju runding, ada yang tidak setuju berunding.

“Jadi saya cadangkan Yang Berhormat Arau, runding dulu dengan Perikatan Nasional, Ahli-ahli Parlimen ambil kata sepakat. Bagi tahu Timbalan Perdana Menteri 2 yang dapat mandat. Terima kasih,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) berhubung peruntukan yang adil kepada wakil rakyat pembangkang.

Menjawab soalan tambahan Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut), Anwar memaklumkan, beliau bersedia untuk berjumpa dengan Ahli Parlimen pembangkang.

Bagaimanapun, katanya, isu berkenaan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang telah diserahkan kepada Fadillah.

“Jadi kalau hal itu saya serah kepada Timbalan Perdana Menteri 2, nak bincang hal-hal lain saya tidak ada keberatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI