fbpx
GREENWOOD hanya memerlukan tempoh semusim bersama Marseille untuk membuktikan dia mampu menjadi tonggak penting pasukan itu. - AFP

Inter kejar khidmat bekas pemain Man. United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MILAN – Inter Milan masih belum berputus asa dalam usaha mendapatkan khidmat pemain Atalanta, Ademola Lookman, namun sudah menyiapkan pelan B sekiranya impian mereka itu gagal direalisasikan.

Pelan alternatif yang dimaksudkan adalah mengenai kesediaan mereka memburu khidmat penggempur Marseille, Mason Greenwood yang dianggap mampu menambah sengat jentera serangan mereka.

Laporan di Itali ketika ini menyebut bahawa Inter berdepan kesukaran untuk melengkapkan perpindahan Lookman apabila Atalanta mahu terus mengekalkannya dalam pasukan itu untuk musim depan.

Setakat ini, dua bidaan yang dikemukakan oleh The Nerazzurri untuk mendapatkan khidmat Lookman telah ditolak Atalanta selepas nilai bidaan terakhir sebanyak €45 juta (RM222.88 juta) bersama bonus tambahan turuk diketepikan.

Situasi berkenaan menyebabkan Inter enggan terlalu bergantung harap untuk mendapatkan Lookman apabila mengalih fokus mereka dengan memulakan usaha untuk mengikat Greenwood.

Bagaimanapun, usaha mereka itu juga tidak mudah apabila Marseille mengesahkan bahawa mereka tidak akan melepaskan aset paling bernilai yang menjadi tonggak penting pasukan itu pada musim lalu.

Namun, laporan di Perancis menyebut bahawa Marseille mungkin sedia mempertimbangkan perpindahan tersebut jika diberikan tawaran perpindahan bernilai £44 juta (RM249.73 juta) selepas hanya mendapatkan Greenwood pada harga £27.5 juta (RM156.08 juta) dari Manchester United pada musim lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI