fbpx
Antara peserta acara berkenaan yang mendapatkan rawatan akibat disengat ubur-ubur di Pantai Teluk Senangin di Segari dekat Lumut semalam. - Foto APM

Salah ubur-ubur atau pengunjung pantai?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Saudara Pengarang, 

Tragedi kira-kira 40 peserta program Teluk Senangin Open Water Swim 2025 disengat ubur-ubur ketika berenang di Pantai Teluk Senangin, Manjung, Perak pagi kelmarin, tidak mengejutkan saya.

Ini kerana serangan ubur-ubur di kawasan peranginan itu sememangnya sudah lama berlaku.

Anak saudara saya sendiri pernah terkena sengatan ubur-ubur sehingga terpaksa dibawa ke klinik berhampiran.

Bukan dia seorang sahaja yang menjadi mangsa, malah ada kanak-kanak lain yang turut diserang.

Bagi mereka yang selalu mandi-manda di pantai itu, sememangnya sudah siap sedia membawa cuka bagi mengurangkan kesan racun jika terkena ubur-ubur.

Peliknya, bagaimana acara tersebut boleh diadakan di kawasan tersebut. Serangan ubur-ubur di pantai itu seolah-olah tidak lagi bermusim kerana kerap ditemukan.

Pantai Teluk Senangin sememangnya satu lokasi peranginan yang terkenal dengan keindahan pantai dan kemeriahan pengunjung.

Ekoran kejadian terbaharu ini, saya amat berharap pihak berwajib dapat melakukan sesuatu kerana sekarang kita tidak tahu sama ada masalah tersebut boleh diatasi atau tidak.

Hussein
Ipoh

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN