fbpx
Rita menggesa agar pelaku yang menyebabkan kematian pelajar sekolah agama di Sabah, Zara Qasrina segera diberkas.

‘Tolong jadi manusia! Takut suatu hari kena anak kita pula’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Mahu keadilan ditegakkan, pelakon Rita Rudaini meluahkan kekecewaan apabila pelaku yang dipercayai mengakibatkan kematian pelajar sekolah agama di Sabah, Zara Qasrina masih belum diberkas.

Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 49, berharap pihak yang sepatutnya memastikan keselamatan pelajar di sekolah dan asrama juga wajar bertanggungjawab terhadap kecuaian mereka.

“Sudah hari ke berapa dah ni, seorang pun tiada ditahan reman lagi ke? Susah sangat nak cari?

“Cekup dulu warden, pengetua dan guru-guru, siasat! Waktu macam ini tak nak pula mengaku Zara di bawah jagaan kalian.

“Mungkin hari ini nasib ibu Zara, suatu hari akan kena dekat anak kalian pula. Tolong jadi manusia!,” katanya dalam Instagram Story.

Pada masa sama, ibu kepada dua cahaya mata itu juga menegaskan kejadian membabitkan pelajar berusia 13 tahun itu menjadi peringatan untuk mereka yang berkaitan.

“Wahai pelajar dan guru-guru, Allah sedang menguji kamu untuk bercakap benar atau tidak,” ujarnya.

Dalam perkembangan terkini, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun mengesahkan seramai 60 individu diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung kes kematian pelajar Tingkatan Satu di Papar, baru-baru ini.

Difahamkan, kesemua saksi terdiri daripada pelajar, ibu bapa dan kakitangan sekolah termasuk pelajar yang dikenali sebagai Kak Wana, Kak Dedeng dan seorang gadis berpewatakan lelaki atau tomboi.

Siasatan juga kini sudah berada di peringkat akhir dan dibawa ke Bukit Aman dan penelitian akhir sebelum dirujuk ke Jabatan Peguam Negara.

Pada 16 Julai lalu, Zara Qairina, ditemui kira-kira jam 3 pagi dalam keadaan parah di bawah bangunan asrama sebelum dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I).

Begitupun, pelajar terbabit menghembuskan nafas terakhir di hospital pada keesokan harinya dengan laporan awal mengatakan dia terjatuh dari tingkat tiga asrama sekolah.

Kes tragis ini menjadi tumpuan seluruh negara apabila timbul dakwaan mengaitkan kejadian menimpa Zara Qairina sebagai kes buli. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI