fbpx
Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia di kediamannya di apartment Gedung Height, Bayan Lepas, petang tadi.

Lagi kes mati dalam rumah berkunci di Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Seorang lelaki ditemukan tidak bernyawa di dalam kediamannya yang berkunci di Apartment Gedung Height, Changkat Mayang Pasir, Bayan Lepas di sini, petang tadi.

Lelaki berusia 53 tahun itu dikatakan dijumpai dalam keadaan terlentang di sebuah bilik apartmen lima tingkat tersebut.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan bagi membuka pintu rumah yang terkunci pada pukul 4.36 petang.

Katanya, operasi dilaksanakan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Balik Pulau.

“Berdasarkan maklumat awal daripada pengadu terdapat mangsa terperangkap dalam rumah tersebut dan pintunya dalam keadaan berkunci.

“Anggota melakukan operasi itu bersama pihak polis dan Kementerian Kesihatan (KKM) yang turut berada di lokasi berkenaan.

“Pintu rumah dibuka dengan menggunakan peralatan khas dan terdapat seorang mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya di sini, malam tadi.

Tambahnya, kakitangan KKM mengesahkan mangsa meninggal dunia dan kes diserahkan polis untuk tindakan lanjut. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI