fbpx
Malem berbangga memiliki nama yang unik dan membawa maksud mendalam. - TikTok

Lelaki bangga miliki nama unik Malem Pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang lelaki di wilayah Aceh menjadi perhatian pengguna media sosial apabila mempunyai nama unik iaitu Malem Pagi Tarigan, lapor laman berita Wolipop.

Dalam satu hantaran media sosial, lelaki lebih mesra disapa Malem itu berkongsikan gambarnya ketika kecil.

Dia turut menunjukkan kad pengenalan dirinya yang membuktikan nama sebenarnya.

Menurut lelaki tersebut, Malem Pagi Tarigan bukan nama asal yang diberikan oleh ibu dan bapanya.

“Disebabkan saya sering sakit ketika bayi, nama saya diubah menjadi Malem Pagi Tarigan.

“Maksud nama saya dalam bahasa Karo adalah Malem, yang bermaksud sembuh dan baik. Pagi bermaksud esok atau hari mendatang. Tarigan pula adalah nama suku Karo,” katanya.

Tambah Malem, secara keseluruhan, namanya bermaksud harapan ibu dan bapanya untuk kehidupannya yang lebih baik di masa hadapan.

Malem berkata, ketika kecil, dia berasa bahawa nama itu aneh kerana sering disoal oleh rakan-rakannya.

“Namun sekarang, saya berbangga kerana nama ini membuatkan orang mudah mengingati saya,” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI