fbpx
KOLO MUANI kembali bersama PSG selepas tempoh pinjamannya bersama Juventus tamat. - AFP

United cuma mampu buru Kolo Muani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Manchester United dilaporkan mula membuat langkah agresif untuk mendapatkan penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Randal Kolo Muani menjelang jendela perpindahan musim panas ini.

Pemain antarabangsa Perancis itu baru pulang ke PSG selepas dipinjamkan ke Juventus sepanjang separuh kedua musim 2024/25, di mana dia meledak 10 gol dan mencipta tiga bantuan jaringan dalam 22 penampilan.

Meskipun masih mempunyai baki tiga tahun dalam kontraknya, PSG dilaporkan bersedia melepaskan Kolo Muani secara tetap selepas pemain itu gagal menyerlah di Parc des Princes sejak tiba dari Eintracht Frankfurt pada 2023.

Juventus yang ingin mengekalkan khidmat penyerang itu secara kekal kini menghadapi saingan daripada United yang semakin serius mendapatkan pemain berusia 26 tahun itu.

Setakat ini, dua kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) telah menolak peluang untuk menandatangani bekas penyerang Nantes itu, namun United tampil sebagai pencabar utama buat Juventus dalam rundingan perpindahan.

Kolo Muani hanya meledak 11 gol dan mencatat tujuh bantuan jaringan dalam 54 aksi bersama PSG, sekali gus mendorong kepada spekulasi perpindahan bagi menyelamatkan kariernya.

Juventus pula sudah mendapatkan Jonathan David secara percuma dan kegagalan mendapatkan Muani mungkin membuka ruang untuk mereka mengejar sasaran lain, termasuk Rasmus Hojlund.

Sekiranya United berjaya membawa masuk Kolo Muani, ia boleh mencetus kesan yang menyaksikan Hojlund atau Joshua Zirkzee meninggalkan Old Trafford iaitu satu peluang yang turut dipantau beberapa kelab Serie A. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI