fbpx
Mangsa ditinggalkan di tepi jalan oleh tiga individu. - Times Now

Keluarga buang nenek tepi jalan dicari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW DELHI – Seorang warga emas di India meninggal dunia selepas ditinggalkan di tepi jalan pada tengah malam, dipercayai oleh ahli keluarganya sendiri, lapor laman berita Mint.

Kejadian berlaku di kawasan Kishundaspur, bandar Ayodhya.

Dalam satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), tiga individu dilihat tiba di lokasi tersebut dengan menaiki beca auto.

Dua daripada mereka mengangkat warga emas tersebut dan meletakkannya di atas jalan.

Mangsa yang dilihat berada dalam keadaan tidak bermaya dan kurus hanya terbaring di atas jalan.

Salah seorang pelaku kemudian menutup keseluruhan badan warga emas itu menggunakan selimut sebelum pelaku ketiga membuka sedikit pada bahagian muka mangsa.

Mereka kemudian meninggalkan warga emas itu sebelum dia ditemukan pada keesokan paginya oleh beberapa penduduk.

Wanita tersebut dibawa ke hospital terdekat, namun dia kemudian disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan.

Sementara itu, polis berkata, pihaknya sedang menyiasat rakaman CCTV dan mengenal pasti ketiga-tiga individu terlibat. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN