fbpx
Mayat mangsa dijumpai oleh pasukan SAR, pagi tadi.

Hilang hari Sabtu, jumpa mayat dalam sungai pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JULAU – Mayat lelaki yang lemas ketika menyelam ikan di sungai Nanga Bekatan Engsering, di sini pada Sabtu lalu ditemui pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, jasad mangsa berusia 50 tahun itu dijumpai oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira pukul 9.08 pagi.

“Operasi pencarian yang memasuki hari kedua dimulakan pada pukul 7.30 pagi hari ini, dengan kaedah pencarian di permukaan air menyusuri sungai dan tebingan sungai bersama-sama agensi dan penduduk rumah panjang di situ.

“Tindakan dua kali selaman telah dilakukan oleh Pasukan Penyelamat di Air dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor kemudian berjaya menemui mangsa,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, mangsa dilaporkan lemas kira-kira pukul 11 malam, Sabtu lalu semasa menyelam ikan di sungai Nanga Bekatan Engsering. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI