fbpx
Lokasi kejadian dua warga asing disyaki geng samun dan pecah rumah maut ditembak polis di Jalan Semerah Padi, Cheras, awal pagi tadi.

Polis buru konco geng pecah rumah maut ditembak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis giat mengesan saki-baki dua geng penjenayah pecah rumah yang ditembak mati di Jalan Semerah Padi, Cheras, di sini, Jumaat lalu.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, siasatan mendapati kumpulan tersebut terlibat dalam kira 34 kes jenayah.

“Banyak kes pecah rumah dan samun. Kita akan cari konco-konco geng terbabit,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Sebelum ini, dua lelaki asing dipercayai dalang geng samun bersenjata api dan pecah rumah ditembak mati dalam Ops Aman 6 di Jalan Semerah Padi, Cheras.

Dalam kejadian pada pukul 3.45 pagi itu, suspek berjaya dipintas polis sebelum berlaku halangan serta aksi tembak-menembak menyebabkan mereka maut di lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI